top of page

Perkembangan bangunan Pusat Tahfiz (Pusat Jagaan Asnaf Quranik Al-Ummah & Pusat Pengajian Quran Al-Ummah):

Bangunan Pusat Tahfiz yang kini telah siap memerlukan peralatan dan prasarana yang belum mencukupi bagi membolehkannya beroperasi.

VISI

Menjadi pusat penjagaan asnaf yang unggul, cemerlang dan terbilang

MISI

Menjadi sebuah badan kebajikan yang komprehensif yang menjadi contoh dalam kalangan bandan bukan kerajaan (NG0) di Malaysia

INFRASTRUKTUR

Pusat ini masih mempunyai infrastruktur yang belum mencukupi seperti ruang dan kelengkapan. Ianya memerlukan sumbangan dari anda dan masyarakat untuk membesarkan dan melengkapkan supaya ia dapat menampung lebih ramai anak yatim/miskin.

Objektif

Pusat Jagaan

Asnaf Quranik

Al-Ummah

  • Membantu kebajikan anak-anak asnaf.

  • Memberi pendidikan kepada mereka agar menjadi insan yang berakhlak mulia.

  • Mendidik mereka supaya hidup berdikari dan membina ukhuwah.

  • Mendidik mereka menghafal Al-Quran.

PERSEKOLAHAN

Semua anak-anak asnaf mendapat pendidikan di sekolah kebangsaan/agama dan menengah sekitar Sungai Ramal Dalam. Pelajar-pelajar dihantar dengan kenderaan pergi dan balik.

AKTIVITI
  1. Kelas pengajian Al-Quran  dan hafalan

  2. Kelas Fardhu Ain

  3. Kelas Komputer

  4. Tazkirah/Usrah

  5. Program Motivasi

  6. Gotong-royong

  7. Lawatan Sambil Belajar

  8. Sukaneka

  9. Kelas bimbingan akademik

PENGHUNI

Tahun 2018, dianggarkan seramai 15-20 orang anak yatim/miskin lelaki akan ditempatkan di asrama. Pengambilan anak yatim/miskin adalah berperingkat mengikut panduan dan syarat yang ditetapkan. Sasaran maksimum adalah 30 orang.

Beberapa Istilah di Pusat Kami

Perkhidmat Sukarelawan Kebajikan (PSK): Menggantikan istilah staff/pegawai yang bermaksud petugas yang menerima gaji tetap bulanan berdasarkan kategori tugasan. Kami perkenalkan satu konsep yang kelihatannya seperti pegawai tetapi berbeza konsepnya. PSK bererti seseorang itu bekerja dengan ikhlas di mana ia diberikan ganjaran kebajikan atas usahanya oleh majikannya.

Kini pusat jagaan kanak-kanak  asnaf ini merupakan pusat yang belum mempunyai saluran kewangan yang tetap, maka kami menyeru kepada masyarakat supaya dapat menyalurkan bantuan dana untuk prngurusan anak-anak asnaf ini insyaAllah segala sumbangan tuan/puan akan diterima Allah sebagai amal soleh. Sumbangan kewangan tuan/puan boleh disalurkan dengan cek atau e-Bank melalui:

 

RHB ISLAMIC BANK BERHAD

Nama Akaun: PK AMAL UMMAH

No Akaun: 21245760021879

SUMBANGAN& BANTUAN

bottom of page